Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Duta Republik Islam Iran menyerahkan surat wasikah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Muazam Shah.Setelah upacara penyerahan surat wasikah, duta Iran Muhammad Jalal Firuzniya diperkenankan bertemu dengan baginda Sultan untuk membincangkan hubungan antara kedua-dua negara.Dalam pertemuan tersebut, duta Iran menerangkan betapa pentingnya hubungan kedua-dua negara terutamanya selaku dua negara Islam.Beliau menambah, "Oleh kerana Iran mempunyai peranan yang besar di Timur Tengah, begitu juga Malaysia mempunyai peranan di Asia Tenggara, maka kedua-dua negara ini mempunyai hubungan yang boleh diberikan perhatian terutamanya dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan."Yang Dipertuan Agong turut menceritakan hubungan baik dua hala yang perlu diperluaskan lagi seperti kerjasama yang ada di arena antarabangsa misalannya OIC, NAM dan PBB.Tunku Sultan Abdul Halim berharap kehadiran duta Iran yang baru ini bakal menyaksikan lebih banyak kerjasama dalam berbagai dimensi.